Membership


Download
Borang Permohonan Keahlian KITA (BM)


PERIHAL KEAHLIAN & YANG BERKAITAN DENGANNYA

1. Keahlian terbuka kepada individu Warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas tanpa mengira jantina, etnik, agama atau kepercayaannya dengan syarat beliau memenuhi criteria keahlian yang ditetapkan oleh Parti.
2. Mereka yang layak boleh menyertai Parti dengan menjadi ahli di Cawangan di mana mereka bermastautin. Setiap negeri dan Wilayah Persekutuan aka nada satu Cawangan sahaja. Bagi maksud ini, Wilayah Persekutuan Putrajaya adalah sebahagian daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur manakala Wilayah Persekutuan Labuan adalah sebahagian daripada Sabah.
3. Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah memperolehi cadangan dan sokongan daripada 2 orang ahli dan dihantar mengikut kaedah dan menggunakan peranti yang ditetapkan oleh Parti kepada Setiausaha Cawangan. Setiausaha Cawangan akan mengemukakan permohonan tersebut kepada Jawatankuasa Keahlian Parti untuk pertimbangan.
4. Jawatankuasa Keahlian Parti boleh, mengikut budi bicaranya, menolak sebarang permohonan tanpa perlu memberi sebab-sebab penolakan tersebut.
5. Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan hendaklah membayar yuran pendaftaran masuk (RM10.00) dan yuran tahunan keahlian (RM10.00) sebelum diterima menjadi ahli Parti. Pemohon boleh memasukkan bayaran yang dinyatakan ke akaun kami berdasarkan maklumat dibawah:

Nama Akaun: KITA
No. Akaun: 21433400027920
Bank: RHB Bank Berhad, Damansara Heights Branch, Kuala Lumpur

Sila imbaskan atau fakskan slip bank sebagai bukti pembayaran ke emel kami atau fakskan ke nombor 03-78850027.

6. Seseorang pelajar universiti awam atau kolej universiti awam tidak boleh diterima menjadi ahli Parti kecuali telah terlebih dahulu dibenarkan secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti berkenaan.
7. Permohonan keahlian boleh dibuat secara ‘on-line’ melalui website Parti, dihantar melalui faks, melalui perkhidmatan pos dan/atau secara serahan tangan.
8. Semua pertanyaan mengenai keahlian boleh dimajukan ke Pengerusi Jawatankuasa Keahlian KITA melalui email (membership@partikita.com).
9. Semua permohonan sebagai ‘Penyokong KITA’ dan/atau ‘Sukarelawan KITA’ boleh dibuat dengan menggunakan borang yang sama (dengan mencatitkan perkataan ‘Penyokong’ atau ‘Sukarelawan’ di ruang atas borang) atau menulis terus hasrat tersebut ke Pengerusi Jawatankuasa Keahlian KITA melalui email (penyokong@partikita.com). Tiada bayaran yuran akan dikenakan bagi permohonan sebagai ‘Penyokong’ atau ‘Sukarelawan’ ini.

______
MEMBERSHIP AND RELATED ISSUES

1. Membership is open to individual Malaysian Citizens aged 18 years and above regardless of gender, ethnicity, religion or beliefs on the condition that he or she fulfils the membership criteria set out by the Party.
2. Those who qualify may join the Party by becoming a member at the Branch of the area in which they reside. Every state and the Federal Territory will only have one Branch. For this purpose, The Federal Territory Putrajaya will be considered a part of Federal Territory Kuala Lumpur whereas Federal Territory Labuan will be considered a part of Sabah.
3. Every membership application must obtain a proposal and support from 2 members and sent in accordance with the method and devices stipulated by the Party to the Branch Secretary. The Branch Secretary will submit the application to the Party’s Membership Committee for consideration.
4. The Party’s Membership Committee may, at its discretion, reject any application without providing reasons for the said rejection.
5. Every applicant whose application is approved must pay the registration and entry fee (RM10.00) and the annual membership fee (RM10.00) before he or she is accepted as a Party member. Applicants can bank in the correct fees to our bank account with the following details:

Account Name: KITA
Bank Account No.: 21433400027920
Bank: RHB Bank Berhad, Damansara Heights Branch, Kuala Lumpur

Please scan or fax the bank slip as proof of payment to either our email or via fax at 03-78850027.

6. A student from a public university or a public university college may not be accepted as a Party member unless he or she is allowed to do so via a written consent from the Vice Chancellor of the said University.
7. A membership application may be made online through the Party’s website or by facsimile, by post and/or by hand.
8. All enquiries regarding membership may be forwarded to KITA’s Chairperson of the Membership Committee at membership@partikita.com.
9. All applications as ‘KITA Supporters’ and/or ‘KITA Volunteers’ may be made using the same form (by writing either ‘Supporter’ or ‘Volunteer’ in the space above in the form) or writing directly, indicating this intent, to KITA’s Chairperson of the Membership Committee at penyokong@partikita.com. No fees are imposed on this application as ‘Supporter’ or ‘Volunteer’.